TELADAN AKHLAK RASUL DAN TONJOLKAN AKHLAK TERBAIK

Jumaat, 7 Februari 2014

 
Salam Sejahtera

Rasulullah S.A.W bersabda, bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikit pun daripada dosa mereka.” 
Riwayat Muslim
Pengajaran hadis:
1.  Akhlak Rasul adalah akhlak yang terbaik yang perlu dicontohi kerana segala tingkah lakunya dizahirkan dari ayat-ayat Al-Quran.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkah laku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya.
3.  Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita sebagai ikutan mereka (berkelakuan tidak senonoh dan seumpamanya) maka kita juga akan mendapat dosa yang sama seperti orang yang melakukannya.
4. Berusahalah untuk menjadi individu yang baik dan terpuji kerana cerminan akhlak dan peribadi yang mulia akan menjulang kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

0 Comments: