SELAMAT TINGGAL TeMa2...

Selasa, 19 Januari 2010


Saya, Wan Zahari bin Wan Ali, sebagaimana yang warga TeMa2 sedia maklum, akan mula bertugas sebagai GPK Pentadbiran SMK Tok Dor, mulai 24 Januari 2010...

Kesempatan di sini saya ambil untuk memohon maaf kepada semua warga TeMa2 atas segala salah silap sepanjang perkhidmatan saya sebagai GPK HEM sejak 16 September 2007. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga terhadap semua yang membantu saya sepanjang tempoh tersebut.

Saya sentiasa berdoa semoga kerjabuat sahabat-sahabat sentiasa dalam keberkatan Allah jua, demi untuk mencapai kecemerlangan selaras dengan visi dan misi yang telah sama-sama kita bina.

Doakan kejayaan saya dalam arena pendidikan tercinta ini.
WanZek.

9 Comments:

Tanpa Nama said...

selamat jalan

rozemi said...

sedaplaa makan angin bukit

trah said...

smoga cikgu brjaya...amin..

cgjak gpk said...

selamat berjuang sahabat...
kemaskan sisipan kerismu
aturkan gerak langkahmu
tajamkan serapah lidahmu
luruskan fokus mindamu
sebab arena kita kini...
umpama medan tempur
hanya yang cekal akan berjaya....

wanzex said...

terima kasih semua.

kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah.

ini tugas kita!

wanzex said...

sedihnya nak tinggal TeMa2.....tp apa boleh buat!

gpk smk tok dor said...

24 jan 2010 - hari pertama bertugas secara rasmi kat smk tok dor - masih terkenang kat TeMa2 yg indah.......

mtar said...

Rasenya ade kedai nasi gulai itik dekat-dekat situ

gpk smk tok dor said...

meme ado....de kelapangan mari la. bulih kito jjamu!