KONSEP SYUKUR RASULULLAH S.A.W

Jumaat, 3 Januari 2014

 
Salam Sejahtera

Daripada  Aisyah ra: Bahawa Nabi S.A.W bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah S.A.W? Sedangkan Allah S.W.T mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”                                                     
Riwayat Bukhari
Huraian Hadith: 
  1. Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita.
  2. Setiap muslim hendaklah melakukan segala ibadat wajib dan ditambahkan dengan ibadah sunat untuk membuktikan kesyukuran kita kepada kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang kita perolehi.
  3. Seseorang yang mendapat nikmat, sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
  4. Nikmat yang  paling besar nilainya di sisi Allah S.W.T ialah apabila Allah S.W.T meredhai kita sebagai hambanya yang taat dan bersyukur.

0 Comments: